Sunday, July 3, 2022

Ketika dan Kalimat

Akhirnya, tamat sudah kelas dan tugasan BBM3410πŸ˜„(hembus nafas lega). Tipu la, tak penat dengan tugasan ni, tiap-tiap minggu ada jak tugasan kena siapkan. Memang serabut dan mental la jugak untuk siapkan semua tugasan tapi kena sabar.😎 Sepanjang proses menyiapkan tugasan terutama video banyak cabaran, kekangan, masalah dalam proses sebelum, semasa dan selepas. Boleh gila jugak laa, nasib baik masih waras. πŸ’€

Namun, banyak moments dapat kami cipta & tak dapat dilupakan, salah satunya berjalan kaki  beramai-ramai ke Bukit Ekspo awal pagi semata-mata untuk shooting video. Sejarah baru dalam hidupku.😁Bukan main semangat semua. Walaupun kelas ini banyak menyusahkan hidup aku tapi kelas ini juga merapatkan bonding sesama kami dan tahu perangai gila masing-masing macam mana. 

Terima kasih SaPe Production beri komitmen walaupun semua sibuk. Dan terima kasih juga prof. menyusahkan hidup saya tapi saya enjoy je. πŸ˜πŸ’“



KEHADIRAN AMALI 1 JULAI 2022



Wednesday, June 29, 2022

Pembentangan Resensi Buku Multimedia dalam Bahasa







Tugasan kali ini, kumpulan SaPe Production melakukan pembentangan berkenaan resensi buku Multimedia dalam Bahasa hasil karya Prof. Dr. Normaliza binti Abd Rahim. Kami dikehendaki melakukan pembentangan selama 30 minit sahaja sehinggakan ada rakan yang lain terpaksa rap untuk pastikan masa tamat tepat pada masanya. Memang cabaran dan saya suka cabaran.  

KEHADIRAN  KULIAH 29 JUN 2022




Wednesday, June 22, 2022

Pembentangan Podcast

Kuliah minggu 13 merupakan minggu pembentangan podcast dan SaPe Production adalah kumpulan pertama yang membentangkan.


Saya memilih podcast berjudul "Lu Pikir La Nabil- Animasi baru, Kecaman & Akhlak daripada Thinker Studios. Berikut merupakan slaid pembentangan saya:


 




Link Slaid Podcast

Bagi kuliah minggu ini, kami diminta untuk menyediakan slaid pembentangan berkaitan podcast. Podcast tersebut bergantung pilihan kami masing-masing tetapi tidak sama dengan rakan-rakan yang lain. Maka, menjadi cabaran juga kerana podcast Malaysia tidak banyak disebabkan populariti podcast itu sendiri masih rendah. Melalui tugasan ini, saya mengetahui serba sedikit mengenai podcast dan topik yang akan dibahaskan sememangnya berkait dengan isu semasa.

KEHADIRAN KULIAH 22 JUN 2022






Saturday, June 18, 2022

Resensi Buku Multimedia dalam Bahasa


Pada minggu 12 kami diminta untuk melakukan resensi buku Multimedia dalam Bahasa seterusnya akan dibentangkan pada minggu 14. Kumpulan SaPe Production membahagikan setiap bab dengan adil dengan semua ahli kumpulan. Kumpulan kami merupakan pembentang pertama dan diberi masa 30 minit untuk membentang. 

 KEHADIRAN KULIAH 15 JUN 2022



Podcast


Pada minggu 12, kami diberikan tugasan untuk memilih salah satu video podcast yang diminati untuk dibentangkan. Durasi masa diberikan 5 minit seorang dan menceritakan latar belakang, keistimewaan dan sebagainya. Saya memilih podcast "Lu Pikir La Nabil - Animasi, Kecaman & Akhlak daripada Thinker Studios.


KEHADIRAN KULIAH 15 JUN 2022


Saturday, June 11, 2022

BBM3410 - Infografik Media Sosial



Tugasan kali ini, adalah mencipta infografik berkenaan dengan media sosial yang saya pelajari sepanjang kelas BBM3410. Walaupun, kesemua media sosial saya belum mahir tetapi ciri-cirinya berbeza dan sangat menarik. 

Enjoy, bye!


KEHADIRAN AMALI 10 JUN 2022