Akhirnya, tamat sudah kelas dan tugasan BBM3410π(hembus nafas lega). Tipu la, tak penat dengan tugasan ni, tiap-tiap minggu ada jak tugasan kena siapkan. Memang serabut dan mental la jugak untuk siapkan semua tugasan tapi kena sabar.π Sepanjang proses menyiapkan tugasan terutama video banyak cabaran, kekangan, masalah dalam proses sebelum, semasa dan selepas. Boleh gila jugak laa, nasib baik masih waras. π
Namun, banyak moments dapat kami cipta & tak dapat dilupakan, salah satunya berjalan kaki beramai-ramai ke Bukit Ekspo awal pagi semata-mata untuk shooting video. Sejarah baru dalam hidupku.πBukan main semangat semua. Walaupun kelas ini banyak menyusahkan hidup aku tapi kelas ini juga merapatkan bonding sesama kami dan tahu perangai gila masing-masing macam mana.
Terima kasih SaPe Production beri komitmen walaupun semua sibuk. Dan terima kasih juga prof. menyusahkan hidup saya tapi saya enjoy je. ππ
No comments:
Post a Comment