~ This is myself ~

This is meYeah, nama aku Mariana Jamaluddin. This year, aku berumur 22 tahun :') rasa macam sudah berada pertengahan umur kerana pada tahap ini aku masih belum berjaya menunaikan mimpiku sendiri. Walaupun orang kata, setiap orang ada masa dia sendiri tapi aku cukup takut untuk melangkah tanpa cahaya yang terang.  Tapi, aku still love myself.💕


Aku Sabahan girl. Yess, exactly berasal dari Borneo. Kunak tempat aku membesar walaupun hanya sebuah pekan kecil tetapi tetap mengukir seribu kenangan pahit dan manis. Kalau aku bercakap sepatah, semua orang tau aku berasal dari mana hahahaha. Secara biologinya, aku berdarah Bugis tulen tetapi untuk bertutur dengan fasih, maaf, aku undur diri.  Walaupun slangku seakan-akan Indonesia tetapi aku Malaysian people (Jangan judge aku yaaa..). 

Apa yang menarik tentang diriku? Orang kata aku banyak cakap dan peramah but this not true at all. Memang aku akui aku banyak cakap tetapi bergantung dengan siapa orang yang aku berborak. Sama ada dia  yang hambar atau aku yang hambar. 

Okay, itu saja dari aku. Tiada yang menarik sangat but enjoy this blog!!! 

No comments:

Post a Comment