Lifestyle

 a) Editor

Pada awalnya, aku hanya pandai editing menggunakan aplikasi Canva. Tetapi, aku mencabar diri untuk mempelajari software editing yang lain untuk mengasahkan bakat dan menjadi minat walaupun kadang kala mendatangkan tekanan😵. Software yang sekarang aku pandai suam-suam kuku ialah Adobe Photoshop. Itu pun aku hanya pelajari melalui YouTube. .

Namun, aku berhasrat mempelajari lebih banyak software Adobe untuk meningkatkan soft-skills. Berikut hasil-hasil editing menggunakan software Adobe Photoshop, memandangkan aku Sekretariat Multimedia dan Publisiti di Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia



b) Fotografi

Agak cliche tetapi aku suka dengan nature, kalau tengok hati terus rasa damai dan tenang. Berbanding bangunan aku lebih tertarik menangkap gambar yang ada unsur alam semula jadi. Mungkin, suatu hari impianku menjadi photographer bukan sekadar mimpi. Tetapi kena kembali ke realiti  kerana harga sebuah kamera  berserta kelengkapannya memang mahal. Pasang angan-angan tidak salah bukan?








No comments:

Post a Comment